RSS
Container Icon

ATTITUDE MUSLIMAH BLACK AND WHITE


Assalamualaikum pembaca blog penulis yang di rahmati Allah sekalian... alhamdulillah, penulis doakan semua sihat2 lah ekk... Pada hari penuh keberkatan, penghulu segala hari yakni hari jumaat nie tetiba mode penulis turn on.. mungkin kerana penulis sekarang langsung x sibuk dgn ape2 tugasan atau any of activity.. :’( bosan gilerrr... (actually penulis sendiri pun hairan awat langsung xda buat assignment eh??? dpt markah free kew? KALAU.....) Penulis agak sempoi arinie.. kiterr chill2...rileks...

Arinie panulis nk mengesharekan topik yg agak menginterestingkan penulis...iaitu tentang attitude muslimah black white! Ahah!! Tepat sekali ape yg korg baca..(penulis mmg suka mentonggang langgangkan ayat omputeh + malay nieee )

So, apakah yg di maksudkan oleh penulis attitude muslimah black white nie??  Dari sudut penulis sendiri nie, usually lah...black atau dalam bahasa melayu nya hitam sering kali di kaitkan dengan kegelapan,ketakutan,keee....yg sewaktu dgn nya lah... manakala yg putih nie pulak semestinya suci, elok, cantik.. agree??

Sebenarnya kat sini, apa yg penulis nk sampaikan is a’ahhh...betol kita x tinggal solat, usrah x pernah miss,mmg konsisten lah, dgn qiam nye, baca quran nyerr, menutup aurat lulus...tp cerr tgok kita punya attitude..?? Kenapa dgn attitude?? Elok jerrr...sopan jer ckp ngan akhawat, mak ayah, kawan2, buat keje2 kat rumah, tlg mak kat daporr.... RECHECK blekkk... kot2 termiss...

Dari apa yg penulis lihat lah, ada yang mempunyai kecuaian dari segi KEBERSIHAN... Tp cuba pegi daporr...buka peti sejuk...tengok tempat memasak... “CERIDAK!”  Sesekali try pegi bilik tidur.... Barang berhambur jerr atas meja...MASYAALLAH! X serupa bilik.. boleh angkat kening juga di buatnya mengapa boleh jd mcm tue?? If penulis sendiri lah kan, jenis yg bila mengemas mmg nk clean sehabis2 clean lah tp syggg...org kat rumah x bg kerjasama...makin menambahkan semak kat rumah tue adelah.. T.T  Bukankah islam itu cara hidup?? Menjaga kebersihan juga slh satu kewajipan dan di tuntut oleh syarak??

Rasulullah saw bersabda:
الإِسْلاَمُ نَظِيْفٌ فَتَنَظَّفُوْا فَإِنَّهُ لاَ يَدْخُلُ الجَنَّةَ إِلاَّ النَّظِيْفَ 
“Islam itu bersih maka peliharalah kebersihan kerana sesungguhnya tidak masuk syurga kecuali orang-orang yang bersih”. (Al-Hadis)

إِنَّ اللهَ نَظِيْفٌ يُحِبُّ النَّظَافَةَ 
• Sesungguhnya Allah itu bersih, Ia cinta kebersihan ( HR Turmudzi )

·         Agama itu di bangun diatas kebersihan ( HR. Al-Ghazali )

Jadi kebersihan bagi diri penulis, tidak cukup dgn hanya menjaga kebersihan diri tetapi juga di persekitaran kita. Hal ini kerana, persekitaran kita juga memainkan peranan yg amat penting kerana tak kisahlah sekecil mana pun rumah kita, mana tau mungkin tanpa kita sedari tetamu yg dtg bertandang  ke rumah membuatkan mereka merasa sangat teruja untuk memilih rumah anda sebagai temapt official buat any of aktiviti mcm usrah  melihat keadaan rumah kita yg bersih & terurus. Kita juga lebih senang nk ajak orang dtg ke rumah kan instead of said “alahaii...rumah tgh mcm tongkang pecah sekarang nie.. buat proram kat luar jerr eh??” Gunakanlah lah nikmat kesihatan tubuh badan yang Allah bg tue untuk lebih meringankan tulang mengemas rumah , be sensitif dan peka kepada kebersihan di persekitaran kita.. RUMAHKU, SYURGAKU ( =.=” penulis pown sama gakkk nieee...wlaupun hidup di kampus!) ^_________^v


Seterusnya adalah, dari segi mengawal emosi.. As a daie, amatlah penting untuk kita bijak mengawal emosi di depan org lain walopun masa tue kita tgh di timpa musibah yg sebesar2 alam atau mmg hot tahap gaban lah.. bukan mudah untuk mengawal emosi terutama perempuan nie yg fitrahnya agak sensitif skett.. mungkin ade segelintir yang bila kena tempelak oleh abg skett, dah berlinangan ayak mata.. tinggal nk gugur jatuh timpa bumi jerr lagi.. Ade gakk yg di tegur oleh naqibah, teruih merajuk  x nak dtg usrah.. X kurang yg kecik ati apsal lah xda langsung akhawat mesej tnya kaba, lupekan aku kerr.. *nie salu jd kat penulis.. >.<* not include yg tgh dlm musim bulan mengambang, peel PMS pun mai kan!! Moody x tentu pasal.. Yang menjadi mangsa adalah org sekeliling kita.. Penulis bahagikan kepada 2:

 1)     MARAH TAK BERTEMPAT


Pernah berlaku kat anyone x?? Penulis ambik contoh situasi “masa kita moody a.k.a PMS ataupun tgh stress exam nk dekat, sbb pensel box kita yang hilang dan minta kakak kita tolong carikan, kakak dah bagi tau elok2 tempat simpanan barang tersebut  tapi sbb tadi kita tak di bantu kita tengking kakak dengan nada suara yang tinggi dan meningglkan bilik dengan menghempas pintu dengan kuat, menghentak kaki semasa berjalan,buat muka masam..” MACAM TU KE PERIBADI MUSLIMAH??

Ok yang nie penulis nak tekankan DONT EVER2 KUANG AJAQQ especially dengan SESIAPA YANG BERUSIA dari kita.. MAK,ABAH,KAKAK,ABANG.. SEMUA ORG ADA PERASAAN.. Bygkanlah if korang di perlakukan mcm tu, mau nyer x berderau gak darah di buatnya kan?? udah lerr begitu, ada x kita minta maaf atas sikap kita tadi?? What if kakak tadi kecik ati n berniat x nak bercakap dengan kamu selama seminggu.. tgok2 kakak tadi meninggal esok hari.. kan free dapat dosa??

"Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya." – Saidina Ali

FIKIRKAN TENTANG PERASAAN ORG LAIN.. BOLEH ANDA NAK BEREMOSI, tapi g lah kunci bilik tue...belasah lah bantal tue secukup rasa ataauuuu...

Rasulullah bersabda bermaksud: “Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api.” (Riwayat Abu Daud).

Angrybird pun senyum.. hihi..

Nabi Muhammad SAW menasihatkan kepada orang yang sedang marah supaya mengambil wuduk. Di samping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahannya yang sedang meluap-luap. Ingatlah marah adalah senjata. Ia boleh membawa manfaat dan ia juga boleh membawa mudarat. Orang pandai dan kuat, adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya agar ia membawa manfaat, bukan mudarat. Rasulullah marah apabila hukum Allah dilanggar dan dipermainkan, tetapi harus ingat bahawa marah bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki tangan sehingga memukul sebaliknya ia mestilah bertujuan mendidik untuk menunjukkan ketidaksenangan kita terhadap perbuatan maksiat itu. Inilah cara Islam mengarahkan sifat marah yang semula jadi pada diri manusia, supaya ia membawa kebaikan kepada manusia dan bukan membawa kebinasaan. 

2) MENANGIS BECAUSE OF HAL REMEH TEMEH..??



Menangis yg di maksudkan oleh penulis is menangis yg mengada2.. Kena marah abah nangis, tengking mak nangis, di tempelak abg nangis... Aduhhhhhh!!! Manjanyeerrrrr..... Not everyone lucky to  born in family  faham agama, jd mmg kdg2 kita kena terpksalah bersabar sket dgn kerenah ahli keluarga.. Menangis untuk sesuatu yg x mendatangkan hasil buat ape? Menangis bagai rak pun mereka akan tetap macam tu jugak MELAINKAN ANDA YANG BUAT PERUBAHAN PADA DIRI UNTUK MEMBERI KESAN ATAU IMPAK KEPADA KELUARGA ANDA! For penulis lah kan, alhamdulillah keluarga penulis nie jenis yg memahami skett...yg penting buat keje... jd apa slhnya untuk avoid mak anda marah, siapkan kerja tnpa di suruh.. Tgok jam 6 set dok siap2 kat dapur tlg mak masak untuk makan malam.. Tanya abah, ada ape2 yg perlu di bantu?? Perlu gosok pakaian ke?? Ape kee?? Dekati adik yang remaja, ask her.. nk minta tlg dlm subjek ape?? Ataupun abg yg sgt suke memekak tue bg suggestion, drpd buang tabiat jom dgr ceramah agama ke?? If mak abah ajak keluar, bersiaplah dgn lebih awal... Program kol 9am, kita 8.30am siap dh!! Siap leh suggest pakaian lagi yg sesuai untuk dorg pegi event tue.. Sesekali kena tnya lah program ape takut tak bersesuaian.. ckp elok2 if program tu x sesuai untuk kita.. nak ambik hati?? Pujuk dorg,ckp dgn nada semanis2 yang boleh.. "Ani x ikut boleh x mak?? mcm nie.. mak abah pegi nnt sy buatkan mak abah roti canai eh?? Bertuturlah dgn mereka dgn sesooooopaaaaaan yg mungkin cz we want them to see yg kita boleh di harap n mereka x perlu bising kat kite kena buat itu dan ini..  Semua keje done, right on time!!! MAKE THEM NO REASON DORANG LEH MARAH2 ANDA SBB TAK BUAT KEJE.. Penulis nie dulu seorang yg sgt sensitif...mesti nk nangis if kena marah ngan mak, siap pernah gado dgn kakak lagi tau... T.T (huhu...teruknyaa...) tp usia mematangkan penulis dan sgt2 bersyukur now family dah boleh terima diri penulis yg baru.. ^___________^v



Panjang gak entri kali nie eh??  Para muslimah sekalian, so be MUSLIMAH YG ALL WHITE.. THROW AWAY YANG BLACK SIDE TU.. Jgn simpan lama2.. Dakwah dan tarbiyyah nie bukan keje untuk org yang CONGEK & CERIDAK! Belajar lah untuk lebih berdikari dan menjadi lebih kuat kerana perjalanan kita masih panjang.. Kita yang sedang mengejar masa kerana masa yg lalu takkan kembali.. Teruskanlah ape yg di mulakan.. Yakinlah yang Allah akan bantu kita if btol kita ikhlas nk dekati dia dan bantu agamanya, insyaAllah! :D

Maksudnya: “Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan batas kemampuannya. Baginya ganjaran untuk apa yang diusahakannya, dan ia akan mendapat siksaan untuk apa yang diusahakannya. Dan mereka berkata, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami berbuat salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau membebani kami tanggung jawab seperti Engkau telah bebankan atas orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami janganlah Engkau membebani kami apa yang kami tidak kuat menanggungnya; dan ma’afkanlah kami dan ampunilah kami serta kasihanilah kami kerana Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir.” (Al Baqarah : 287)



 Sampai ketemu di entri yang akan dtg!! ^.^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

sitizue said...

alhamdulillah..segala yg awk tulis mmberi nasiht kpd dri ini dn juga yg laen diharapkn yg laen juga akn mmbaca nyer,....kerana tulisan yg mmbina haruslah di kongsi utk dijadikn sbg pnduan

Ukhti Atul said...

sitizus, alhamdulillah.. terima ksih.. :)insyaAllah, semua org nk berubah jadi baik kn?

Post a Comment