Assalamualaikum.. J Jazakallahu khayr kerana sudi singgah di blog yg tampak sederhana tapi insyaAllah nilai initipatinya lebih cantik dari hiasannya.. Untuk entri kali ini, adalah lebih baik berkenalan terlebih dahulu dengan penulis yang bakal menghiasi ruangan ini dengan pengisian bermanfaat, insyaAllah.
Hadis Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak beriman seseorang itu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya” (Hadis Riwayat Muslim)
Perkenalkan,ana ukhti Atul dan ana adalah muslimah sepenuh masa yang cuba sibukkan diri dengan kerja dakwah dan tarbiyyah. Ana masih lagi menuntut ilmu dalam Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Rangkaian) di Politeknik Mukah Sarawak. Ana sangat suka membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan sejarah terdahulu. Selain itu, ana mengkagumi tokoh islam muda yang suatu ketika dahulu pernah menggegarkan dunia iaitu Salehuddin Ayubi. Ana juga sangat sukakan sesuatu yang abstrak dan kontra. Selain itu, ana sangta sukakan pemandangan di langit yang mengigatkan ana kepada pencipta ana. Sebenarnya ana tidak begitu pandai dalam menghasilkn ayat yang cantik seperti yang antum baca di blog sahabat- sahabat lain.
Alhamdulillah, ana berasa sangat bersyukur setelah sekian lama merancang membuat blog sendiri akhirnya tercapai juga pada hari ini. Terdetik di hati untuk membuat blog sendiri kerana kecenderungan ana yang sangat suka membaca blog yang mengandungi pelabagi bahan bacaan islamik. Jadi tidak lah salah sekiranya ana mencuba! J Bukankah menjadi tanggungjawab kita menyampaikan amanah Rasulullah? Hadis Rasulullah SAW bermaksud : SAMPAIKANLAH ILMU WALAU HANYA DENGAN SATU AYAT.
Sekian untuk enti kali ini.. semoga bertemu di entri yang akan datang.. ^_^







0 comments:
Post a Comment