RSS
Container Icon

EVERYTHING START FROM NIAT!

Assalamualaikum para pembaca yang dirahmati allah.. Apa khabar iman kalian? Semoga bertambah sihat, bertambah cergas, bertambah semangat.. Alhamdulillah, hari ini ana berpeluang untuk menulis entri ana yang kedua.. untuk entri kali ini ana ingin mengetengahkan tentang niat..  Mungkin antunna  pernah membaca or terbaca tentangnya sebelum ini di mana2 blog akan tetapi insyaAllah..ana akan menjelaskannya in term yang ana boleh faham  with a few of example yang bersesuaian supaya antunna sekalian faham apa yang ana cuba jelaskan..

Jadikah apakah niat itu?


Definisi niat ataupun nawaitu mengikut dalam kamus adalah bahasa percakapan keinginan (kehendak dan sebagainya) yang terbit di dalam hati untuk melakukan sesuatu manakala dari segi syarak pula hati yg tergerak utk melakukan sesuatu dgn mengharapkan redha Allah SWT  & menampakkan dia patuh & tunduk kpdNya. Sering sekali kita dengar dari orang sekeliling kita  Yang penting niat. Bukankah niat kita baik tapi bagaimana sekiranya if kita seorang individu itu berniat untuk melakukan kejahatan?? O.o

Ibnu Masu’d RA ada menceritakan, sebuah peristiwa hijrah kaum muslimin drpd Makkah ke Madinah, terdapat seorang dlm kalangan mereka yg berhijrah agar tujuannya mengikuti seorang gadis bernama Ummi Qais yg berhijrah & akhirnya utk menikahinya. Dlm peristiwa hijrah inilah, maka wujudlah sebuah hadith ini yg jelas menerangkan tentang NIAT.

Dari Amirul’Mu’minin Abi Hafsh Umar ibn Al Khaththaab RA, berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya amal-amal itu bergantung kepada niatnya. Dan setiap orang memperoleh sesuai dengan apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kepada ALLAH dan Rasul-NYA, maka hijrahnya kepada ALLAH dan Rasul-NYA. Dan barangsiapa yang hijrahnya karena dunia yang dikejarnya atau wanita yang hendak ia nikahi, maka hijrahnya kepada apa yang ia (niatkan) hijrah kepadanya.”)

(HR: Bukhari-Muslim)

Hadith ini menjelaskan if kite berniat untuk mendapatkan sesuatu kebaikan, maka kita akan memperoleh manfaat daripada apa yang kita niatkan. Tetapi sekiranya kita berniat ingin melakukan kejahatan maka perbuatan itu tidak akan diredhai Allah malah mendapat kemurkaan dari Allah. So, hadith ini jelas membuktikan baik buruk tingkah laku kita bermula dari niat!!!

1.       THE POWER OF NIAT

Its time to ponder ikhwah akhawat sekalian.. J Sedar tak setiap perkara yang kita lakukan dimulakan  dengan niat?? Contohnya ketika anda hendak mendirikan solat, berpuasa, mengeluarkan zakat mahupun mengerjakan sesuatu yang anda biasa lakukan seperti bila anda bangun pagi, anda dah set niat kerja yang perlu disiapkan pada hari ini ataupun memasang niat hendak mendirikan rumah tangga??

Rasulullah SAW bersabda: (Maka barangsiapa yang bercita-cita hendak mengerjakan kebaikan tetapi belum mengamalkannya, Allah Subhaanahu wa Ta’ala mencatat -bagi orang tersebut- di sisi-NYA dengan kebaikan yang sempurna)

(Muttafqun alaih)

Haaaaa....in simple meaning  in this hadith, apeeeee jerrrr yang anda lakukan sekiranya anda berniat kerana Lillahi Taala.. tak kisah lah nk memasak ke, menyiram bunga,mengulang kaji pelajaran ataupun membasuh pinggan sekaliponnnn..  insyaAllah,Allah akan memudahkan urusan keje kite and siap dpt pahala free lagi.. Best tak??  Betapa comel nya Allah tu kann!! Kekasih yang sangat memahami.. mane nk dapat?? ^_^

2.       NIAT HARUS IKHLAS

Ikhlas dari segi syarak bermaksud  mensucikan niat, perkataan & perbuatan cukup hanya kpd Allah SAW. From the definition pun akhawat ikhwah sume bleh nampak niat & ikhlas itu memang di tuntut & saling related antara satu sama lain. Jelas di sini, ikhlas ini memainkan peranan yang sangat penting ketika berniat.

Rasulullah SAW bersabda :  “Padahal mereka tidak di-perintah-kan KECUALI menyembah Allah, (dgn) ikhlas se-mata2x kerana al-Deen. 

(Surah al-Bayyinah ayat 5)

3.       BAIK BURUK AMAL BERGANTUNG DENGAN NIAT

Ok, seperti yang ana mentioned di awal2 entri tadi.. Niat tu kenalah berseuaian dengan ape yang kite nk lakukan.. Kena faham betul2 ekk??  Contohnya ada seorang perompak yang ingin berbuat kebaikan ingin menderma kepada anak – anak yatim dengan sumber rompakan. Sebab nak raih redha Allah, si perompak berniat “Sahaja aku merompak rumah orang kerana lillahi Ta’ala”  Yang ini, Allah takkan kasi ganjaran pahala, tapi direct dapat dosa.. Nauzubillah, pastinya kita tidak mahu mendapat kemurkaan daripada Allah SWT. Di sini jelaslah, Seseorang tidak boleh menghalalkan yang haram semata – mata dengan alasan niat nya baik.

Firman Alloh swt:

وقدمنا إلى ما عملوا من عمل فجعلناه هباء منثورا
(Ingatlah pada hari kiamat nanti) akan kami perlihatkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang beterbangan.

Rasulullah SAW bersabda :

عن سعد بن أبي وقاص قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: المؤمن يؤجر في كل شيء،[1] حتى في اللقمة يرفعها إلى في امرأته. (رواه أحمد وغيره وقال الأرناؤوط إسناده حسن)ـ

Seorang mukmin akan mendapat pahala dari segala sesuatu (dengan niat yg baik), hingga suapan yang di masukkan ke mulut istrinya.

(HR. Ahmad)

So, ana boleh buat conclusion di sini yang setiap amalan dan perbuatan kita haruslah dimulakan dengan niat. Niat amat perlu untuk membolehkan amalan kita menjadi sah seperti solat, puasa, haji dan sebagai. Selain itu niat juga membolehkan kita bekerja untuk mendapatkan sesuatu dengan berterusan. Sebagai contoh kita berniat untuk berkorban tahun ini, dan dengan niat itu kita akan bekerja keras untuk mendapatkan rezeki sehingga tercapai niat kita. Kita tahu memg susah utk mengikhlaskan diri dlm niat, perkataan & perbuatan kita. Jgnlah biarkan diri di ‘provoke‘ dek hasutan syaitan supaya kita berputus asa utk menjadi hamba Allah yg ikhlas. Percaya-lah! Banyaknya berlatih suatu hari nanti dgn izin Allah SAW, mudah - mudahan kita tergolong di kalangan orang-orang golo Mukhlisin.

p/s : ana memohon kemaafan sekiranya ada kekurangan atau ada kesilapan. Ana masih baru belajar. If ade salah dan kurang sila perbetulkan. Jazakallahu khayr.. J Semoga kita bertemu lagi di entri yang akan datang. Nak sharing dengan antunna semua pengalaman ana Jaulah sambil ber’Daorah at Taman Negara Niah, Miri. 




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Ukhti Atul said...

asif jiddan, banyak nyerr ejaan.. -.-

Post a Comment